Thursday, May 22, 2008

Kesian Pesakitku...

Aku hampir2 menyaksikan kekuasaan Allah yg maha esa.
tat kala fikiranku masih di Cherating disulami dgn kenangan2 indah disana..

Setelah penat memandu 5jam terus di siang hari. Malamnya pula, giliranku bekerja.

seorang pesakit 70tahun, lelaki, melayu yang datang pada 5pagi
ditemani oleh ahli keluarganya. mengadu 'chest pain','upper limb numbness', nausea + vomiting, sakit perut nak buang air besar
(typical sign+symptom of acute miocardial Infarct - serangan jantung yg boleh membawa maut)

tanda vital tekanan darah didapati rendah. manakala bacaan ECG menunjukkan (ST elevation) -serangan jantung.

ubat-ubatan seperti Aspirin 300mg, GTN diberi untuk mengurangkan kesakitan dada.disertakan dgn Iv Morphine + iv maxalon diberi utk mengurangakn kesakitan dan menggalakan pesakit berehat + melawan kesan ubat morphine.

Sepatutnya pesakit diberikan ubat 'streptokinase' (ubat pemecah segala yg tersumbat di dalam saluran darah) untuk mengurangkan kesakitan + pelancaran darah.. malangnya tekanan darah pesakit terlalu rendah dan mengundang risiko besar sekiranya prosedur diteruskan..

ubat2 seperti dobutamine, dopamine, iv gelafundin diberi untuk meningkatkan semula tekanan darah tapi, malangnya tiada sebarang perubahan..

suasana terlalu sunyi ketika itu. cuma kedengaran pesakit mengucap 2 kalimah sya'adah perlahan2 (atas nasihat jururawat) sambil menahan kesakitan..

aku terlalu sedih melihat situasi itu dengan tidak dapat berbuat ape untuk melawan kuasa Allah.pendapat aku, pesakit ini akan meninggal dunia secara perlahan2 dan pasti akan merasai kesakitan bila nyawa dicabut..

tempat yg biasanya tidak boleh ahli keluarga masuk lebih2 lagi ketika aku membuat rawatan, dibenarkan masuk.

Ahli keluarga diberitahu yang pesakit sekarang terlalu tenat dan tapi tidak pasti bila dia akan pergi..
(aku tak pernah anggar hidup/mati seseorang, itu semua kuasa Allah)
aku nasihatkan kepada anak2+saudara supaya meminta maaf serta mengajar 'mengucap' kepada pesakit.

(dipendekkan cerita)
waktu untuk pulang, pesakit semakin tenat..
aku pun pulang kerumah..

malam berikutnya sewaktu bekerja, ku periksa buku catatan pesakit, 5minit selepas ku tinggalkan tempat kerja,
pesakit meninggal dunia

aku tidak pernah menghadapi situasi pesakit yg meninggal dunia secara perlahan2 begitu.. selalunya meninggal mengejut/terus

terlalu sedih, tapi ku simpan di dalam hati utk menjaga tingkahlaku profesional. tetapi didalam hati, sekuat2 mana manusia
tidak mungkin akan menahan ujian + kuasa Allah dan pastinya akan bersedih..

AKU HANYA HAMBA ALLAH,
Bennysj

AL-Fatihah

No comments: