Thursday, August 28, 2008

Apa Yang Bomba Cuba Buktikan?

Bomba bedah cincin

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya. <--- TIPU

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.

“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.

Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya. <---- TIPU

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran. <--- TIPU

“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit. <-- TIPU, ITU AKU YANG BUAT!!

“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya. <-- XDA KAITAN, TIPU

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku. <--- PINJAM BARANG AJE BROTHER! BUKAN HANGPA YANG BUAT PUN!!

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya.

____________________________________________________________
----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai orang yang berada ditempat kejadian dan antara orang yang sama2 berusaha untuk mengeluarkan cincin itu, saya sama sekali tidak bersetuju dgn laporan yang dibuat oleh pihak bomba mahupun harian metro.

Sememangnya pihak hospital dari azali mempunyai masalah untuk memotong cincin yang tersekat. (bila ada kecederaan, kawasan itu akan bengkak dan pasti cincin menjadi ketat)

oleh kerana tiada barang kelengkapan memotong keluli, setelah 3 jam, akhirnya.. pihak hosp. meminta bantuan bomba untuk meminjam alatan.

Tolong la jaga maruah pesakit, jangan nak sensasikan cerita. tau la nak publisiti.. tapi bukan cara itu!

Sebab tu la public tak boleh ada dlm bilik bila medical staff sedang buat procedure.. nanti salah faham.. ni la jadinya kalau biarkan bomba dlm bilik rawatan! lain orang buat.. lain dia canang!



3 comments:

Anonymous said...

and i was wonderin why u need to call bomba 2 remove it.a whole group of bomba to be exact..
rupa2nya nak pinjam barang jer..ceh!!

BennY Shah said...

tu la.. department nk hantar surat penghargaan pun terus cancel.. sbb depa buat mcm tu..

learn from mistake! beli terus cutter tu..

Anonymous said...

kenapa tak potong terus je brg budak tu, pastu jahit balik
kasi ajar sama dia, lenkali senonoh sket